Jumat, 31 Januari 2014

Kenapa Laki Laki Menyebalkan


Yak, kembali lagi di tanya jawab MBDC, tempat dimana Ente bisa bertanya segala hal yang mungkin terlalu aneh untuk Ente tanyakan ke orang lain. Tapi di MBDC, kita menghargai segala macam pertanyaan. Baiklah, gak usah banyak omong, langsung aja kita mulai.
Hari ini, pertanyaan datang dari @dansya:
Dear @dansya,
Ada apa denganmu nak? Apakah ada laki-laki yang menyakiti hatimu? Apakah ada seorang lelaki yang membuatmu kesal? Janganlah bersedih. Begini dik @dansya. Pada dasarnya setiap manusia itu baik adanya. Tidak ada yang terlahir menyebalkan. Bayi itu bagaikan kain putih bersih tanpa noda. Lalu apa yang terjadi, mungkin dik @dansya bertanya demikian. Mengapa dalam perjalanannya, lelaki bisa jadi menyebalkan? Tidak ada yang tahu dik @dansya. Semua itu hanyalah sebuah misteri ilahi.
Namun, dik @dansya mungkin bisa menganalisa sendiri dengan memperhatikan dua hal:

1. Apakah Dia Menyebalkan Karena Tidak Mengerti Sinyal Ente Berikan?

Apakah Ente menganggap si lelaki menyebalkan karena dia beneran gak jemput Ente pas Ente bilang "Ente gak usah jemput aku" padahal yang sebenernya Ente maksud adalah "jemput aku dong"? Kalo iya, mungkin ada baiknya Ente mulai mengutarakan maksud Ente yang sebenarnya tanpa sinyal-sinyal. Seperti yang sudah pernah kita bahas dulu, lelaki itu buruk sekali dalam menerima sinyal loh.

2. Apakah Ente Sedang PMS?

Dik @dansya yang baik, kalau Ente sedang PMS, pohon aja bisa membuat Ente kesal loh. Apalagi seorang lelaki. Jadi ada baiknya dik @dansya jangan lekas menyalahkan pria. Ayo coba dicek dulu PMS buddies-nya.
Demikianlah. Semoga mencerahkan hati dik @dansya ya. Jangan kesal lagi ya.



Kamis, 30 Januari 2014

Selena Gomez 9 Gambar

justin bieber punya.... 










Rabu, 01 Januari 2014

Rogol budak kena 12 tahun penjara

 Wartawan Sinar Harian
17 Oktober 2012
TEMERLOH - Seorang buruh warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar berumur 12 tahun tujuh bulan pada 18 Julai lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Dasuki Ali, selepas tertuduh dikenali dengan nama Kabit, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca ke atasnya, semalam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pekerja di alamat nombor 27 D-1, Ladang Bukit Senorong, Kemayan, Bera, sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 18 Julai lalu.

Dasuki memutuskan tertuduh dihukum 12 tahun penjara dan empat sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah selama empat hari.
Selepas siasatan mendapati, anaknya berada di rumah tertuduh pada hari kejadian dan ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis.
Laporan perubatan mengesahkan ada kesan koyakkan baru dan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa turut disahkan mengandung 11 minggu.
Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.

Kereta terbang lima terbunuh

9 Dis 2013

REMBAU: Tindakan lima warga India beraksi ala filem Hollywood, Fast And Furios memakan diri apabila kesemua mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam 20 meter di Kilometer 240.6, lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, kira-kira 4.30 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa D Ponneri, 23; S Annand Meenakshi, 23; V Ragunathan, 28 dan S Karupannan, 29 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.
 
Keempat-empat mayat dibawa ke Hospital Tampin, dekat sini untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, rakan mereka, Vijay Khatik, parah namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini, kira-kira 7 malam.
FotoKEADAAN kereta Toyota Altis yang terjunam sedalam 20 meter.

Sumber polis berkata, lima mangsa terbabit dari Chennai, India, difahamkan melancong ke Singapura beberapa hari lalu sebelum bertindak memasuki negara ini dengan menaiki kereta jenis Toyota Altis bernombor pendaftaran negara itu (Singapura).

Katanya, selepas bersiar-siar dan membeli-belah di Kuala Lumpur, kesemua mereka dikatakan mahu pulang semula ke republik itu.

"Dalam perjalanan pulang, pemandunya dikatakan membawa laju kenderaan dipercayai 160 kilometer sejam sebelum kereta hilang kawalan di lokasi kejadian.

"Akibatnya kereta dipandu terbabas dan terbang ke gaung seperti dalam aksi filem Hollywood, Fast and Furious," katanya.myMetro

Dendam Bujang Seblak membunuh hingga ke keturunan

30 Nov 2013
Oleh Alias Abd Rani
Saratok-myMetro: Serangan buaya ke atas seorang penduduk Rumah Panjang Empayak di Roban, baru-baru ini dipercayai ada kaitan dengan buaya Bujang Seblak yang membalas dendam ke atas keturunan mereka yang pernah membunuh reptilia berkenaan sebelum ini.

Malah, dendam Bujang Seblak sejak 2007 menyaksikan enam penduduk kampung di kawasan berdekatan Sungai Seblak terbunuh dibaham buaya, sekali gus menjadikan sungai berkenaan sebagai lokasi paling banyak menagih korban dalam tempoh lapan tahun.
Penduduk yang pernah menjadi mangsa tidak menafikan reptilia itu dipercayai mampu menghidu bau keturunan atau waris ‘pembunuh’ spesiesnya.
Penduduk, Endoi Sulaiman, 43, berkata, dia yakin buaya menyerang adiknya Anuar, 39, pada Jun lalu itu adalah Bujang Seblak yang sering mengganas dan mengakibatkan enam mangsa terkorban.
FotoKEHIDUPAN seharian penduduk di Sungai Seblak terjejas akibat serangan buaya.

“Bujang Seblak masih berdendam terhadap keluarga kami kerana saya juga pernah menembaknya dua tahun lalu ketika turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa korban serangan buaya di sungai ini iaitu Siah Munsong, 43, dari Rumah Panjang Sungai Anak, Roban.